Saturday 27 October 2012

Kes Penipuan dalam Pertandingan Catur

JERMAN – Pada 21/10/12(AHAD) , kes penipuan telah berjaya dikesan ketika berlansungnya Liga German (Bundesliga). GM Falko Bindrich(2532 elo) telah di istiharkan kalah semasa berlangsungnya pusingan kedua selepas Grandmaster Jerman berumur 22 tahun  itu memasuki tandas dengan membawa talefon bimbit pintar kedalamnya.



Arbiter Dieter von Häfen telah bertanya kepada beliau tentang kehadiran talefon dalam poketnya, dan beliau akuinya ada membawa, tetapi enggan menunjukkan apabila diminta. Arbiter kemudian menyatakan jika talefon beliau tidak menunjukkan apa saja berkaitan dengan catur, beliau dapat meneruskan permainan. Tetapi malangnya Bindrich masih enggan bekerjasama dan arbiter terus batalkan permainan beliau ketika gerakan yang ke-10(hitam). 


Position selepas move ke 10

"(...) During their game the players may not have or gain access to mobile phones, computers and other electronic devices without the arbiter's permission. In case of clear suspected use of tools mentioned above, upon request of the arbiter the players are obliged to hand over these devices for inspection. In case of clear suspected use of tools mentioned above, upon request of the arbiter the players are obliged to have their clothes, bags or other pieces of luggage inspected. When a player breaches these obligations, the arbiter may take measures in accordance with Clause. 8.1 of the tournament rules(disqualified)." 

Walau bagaimanapun, ia adalah mustahil bagi penganjur untuk memeriksa telefon semua pemain sepanjang masa. Dan tambahan pula , dengan kehadiran program catur dalam telefon pintar yang semakin kuat (shredder,fritz) sekarang mengakibatkan kes penipuan muncul dalam dunia catur. 



P/S : Grandmaster pun ada niat menipu dalam kejohanan catur. Diharap penganjur lebih memberi perhatian dalam hal ni lebih - lebih lagi melibatkan Fide event. Jika pemain mahu juga membawa masuk talefon, lebih baik matikan talefon atau serahkan sahaja pada arbiter kejohanan.
Untuk rujuk keputusan lain-lain perlawanan, sila rujuk web rasmi : ---> http://schachbundesliga.de/


No comments:

Post a Comment